Upin & Ipin Jumpa Ultraman Di Tokyo

Selepas kejayaan ikon animasi popular negara, Upin & Ipin bekerjasama dengan watak kartun legenda Jepun, Ultraman menerusi satu episod istimewa disiarkan baru-baru ini, satu lembaran baru dicipta apabila dua restoran francais ikon berkenaan akan dibuka di Tokyo.
Menurut Pegawai Perhubungan Awam dan Media Baru, Les' Copaque Productions Sdn Bhd, Mohd Zarin Abdul Karim berkata, sejak tayangan episod istimewa Upin & Ipin Ultraman Ribut baru-baru ini mendapat sambutan hangat peminat animasi tanah air, mereka mengorak langkah menerusi kolaborasi syarikat pemilik jenama Ultraman dari Jepun, Tsuburaya Productions.

"Sewaktu kolaborasi kami untuk episod Upin & Ipin Ultraman Ribut dengan Tsuburaya, tidak sangka rupanya mereka juga mengetahui kewujudan Upin & Ipin sebagai animasi Malaysia yang popular. 
 
"Menariknya, syarikat itu masih aktif menerbitkan siri Ultraman hingga sekarang dan menyatakan minat untuk melaksanakan beberapa projek dengan Les' Copaque," katanya ketika dihubungi Malaysian Digest.


0 Komentar untuk "Upin & Ipin Jumpa Ultraman Di Tokyo"

 
Copyright © 2014 Isu 1Malaysia - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info