Ucapan Spontan Shahrizat Pada Persidangan Di India Dapat Pujian Rahul Ghandi


NEW DELHI: Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hanya mengambil masa kurang daripada lapan minit sahaja untuk mencuit hati para peserta satu persidangan di ibu negara India dengan kata-kata spontan dan ucapannya yang berterus-terang.
Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu adalah antara 10 penceramah pada sambutan ulang tahun peringatan ke-125 Nehrus Worldview and his Legacy: Democracy, Inclusion and Empowerment. (Pandangan Dunia Nehru dan Legasinya: Demokrasi, Penglibatan dan Pemerkasaan)
Sebelum itu, para peserta kelihatan kepenatan ketika Shahrizat ke pentas untuk memulakan ucapan beliau.
"Selepas makan tengah hari yang hebat dan dengan tidak kurang daripada 10 penceramah...rasanya macam nak 'buat' anak. Nampak saja mudah, tetapi percayalah, bukan senang nak melahirkannya. Oleh itu, harap Tuan dapat bersabar dengan saya," katanya kepada pengerusi sesi itu, yang membuat anggota perwakilan ketawa.
0 Komentar untuk "Ucapan Spontan Shahrizat Pada Persidangan Di India Dapat Pujian Rahul Ghandi"

 
Copyright © 2014 Isu 1Malaysia - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info