Seorang Anggota Rela Ditahan Kerana Tembak Pencuri Lembu



KOTA BHARU: Pihak polis harini telah menahan seorang anggota RELA kerana disyaki menyababkan kematian seorang lelaki yang cuba mencuri lembu di Gua Musang semalam.

Rujuk Artikel SEMALAM

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazan Lazim mengesahkan hal ini dan berkata lelaki terebut telah direman 4 hari untuk siasatan.

"Saya nasihat kepada semua untuk berhati-hati menggunakan senjata api kerana ia melibatkan nyawa, memang kita diberi hak untuk mempertahankan diri," katanya kepada pemberita ketika melawat mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Tiong di ini, hari ini.

Dalam kejadian itu, Anggota rela tersebut telah tersedar lembunya hendak dicuri sekitar pukul 6.05 pagi dan terus mengejar pencuri tersebut. Pencuri yang melarikan diri menggunakan pacuan 4 roda jenis Pajero bagaimanapun telah terbabas.

Semasa menghampiri kenderaan yang terbabas itu, pencuri cuba melibaskna parang dan beliau terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri menyebabkan pencuri itu mati.

Mazlan berkata, pihaknya masih memburu seorang lagi rakan suspek berhubung kes berkenaan.

"Suspek yang meninggal dunia itu mempunyai tiga rekod jenayah narkotik," katanya.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda dan turut disasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.- Siakapkeli.com.my

http://www.siakapkeli.com.my/2014/11/seorang-anggota-rela-ditahan-kerana.html
0 Komentar untuk "Seorang Anggota Rela Ditahan Kerana Tembak Pencuri Lembu"

 
Copyright © 2014 Isu 1Malaysia - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info