MCA Jangan Cuba Masuk Campur Hal UMNO



KUALA LUMPUR: Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, harini memberi amaran kepada MCA kerana tindakan ahli MCA yang cuba masuk campur hal UMNO kerana UMNO samasekali tidak pernah mencampuri hal MCA.

Perkara ini tercetus apabila Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker yang menggesa para perwakian UMNO supaya berhati-hati untuk berbahas ketika Perhimpunan Agung UMNO nanti dan tidak membahaskan perkara-perkara lucu seperti sebelum ini.

Menurut beliau. "Setiap pemimpin dan ahli-ahli Umno tahu apa yang mereka perlu buat untuk memperkukuhkan parti.

"Tidak perlu ditunjuk dan diajar oleh mana-mana parti komponen lain. Jangan jadi seperti ketam mengajar anak, perjuangan sendiri pun bermasalah tetapi mahu mengajar orang lain pula,"katanya.

Beliau terut menasihakan MCA supaya tidak merasa mereka hebat sebaliknya perlu cerminkan diri sendiri dahulu sebelum mengatakan hal parti lain.

"Kekalahan teruk BN di dalam dua siri PRU lalu bukan berpunca dari Umno,  sebaliknya berpunca daripada penolakan sepenuhnya orang Cina terhadap MCA kerana mempunyai pemimpin yang lemah.

"Umno tiada masalah, bahkan Umno berjaya mengembalikan sokongan padu orang Melayu terhadap BN.

"Umno telah berjaya menjadi benteng kukuh untuk memastikan survival BN terus bertahan. Adalah tidak bertanggungjawab  sekiranya MCA menyalahkan Umno kerana mereka gagal meraih sokongan kaum Cina," katanya.

Beliau turut mengingatkan MCA lagi supaya jangan menggunakan nama UMNO disebalik kekalahan memalukan mereka pada PRU 12 yang lepas.

"MCA perlu bermuhasabah dan mencari punca sebenar mengapa mereka berterusan ditolak oleh bangsa Cina. Jangan jadi parti yang bodoh sombong," katanya lagi.-Siakapkeli.com.my
0 Komentar untuk "MCA Jangan Cuba Masuk Campur Hal UMNO"

 
Copyright © 2014 Isu 1Malaysia - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info