Lola tak mahu tuntut Firdaus


NILAI -  Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan akan terus menjaga Muhammad Firdaus Dullah, 15, anak kepada Lolanopita Saidi, 40, yang bersedia anaknya itu tinggal di rumah kebajikan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, pihaknya dimaklumkan Lolanopita enggan menuntut Muhammad Firdaus, walaupun selepas selesai menjalani hukuman.

Katanya, melalui sesi kaunseling yang dibuat bersama Lolanopita, dia memberitahu kepada pegawai JKM, dia mahu Muhammad Firdaus terus tinggal di rumah kebajikan itu.

“Apa juga keputusan yang dibuat oleh ibu Firdaus, kita menerimanya. Kita tiada masalah untuk menjaga anak ini. Cuma sebagai seorang ibu dia harus mempunyai rasa kasih dan sayang terhadap anaknya sendiri.

http://www.sinarharian.com.my/semasa/lola-tak-mahu-tuntut-firdaus-1.334291
0 Komentar untuk "Lola tak mahu tuntut Firdaus"

 
Copyright © 2014 Isu 1Malaysia - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info