Kerana Berbakti Kepada Tanah Lelaki Ini Pegang 4 Rekod Dunia




Kali ini kami ingin berkongsikan 4 rekod dunia yang menarik dipegang oleh Peter Glazebrook, seorang lelaki yang rajin berbakti kepada tanah. Nampak gaya kerajinan beliau telah terbalis dengan hasil yang amat lumayan di mana dengan hanya bercucuk tanam beliau memegang 4 rekod dunia.

Seperti diketahui untuk pemegang rekod dunia harga yang tinggi bakal di bayar kerana hanya memegang rekod dunia. Bayangkan lelaki ini memegang 4 rekod dunia dengan hanya berkebun.

Rekod yang dipegang oleh beliau ialah,

Bunga Kubis paling besar dan berat di dunia (27.2 kg)


Bawang paling berat di dunia (8.4 kg)


Ubi paling panjang di dunia (5.6 meter)

Ubi kentang paling berat di dunia (3.8kg)

Sungguh hebat dan menghairankan kerana apa yang ditanam oleh beliau semua menjadi dan besar. Pelbagai tanaman yang ditanam di ladangnya dan banyak yang menjadi saiz gergasi seperti timun gergasi dan tomato gergasi tetapi tidak berjaya memecah rekod orang lain.

Mentimun gergasi

Tomato gergasi

Mungkin orang tua-tua cakap tangan lelaki ini sejuk dan apa yang dia tanam semua menjadi dan merupakan anugerah yang amat hebat beliau miliki. Kalau admin tanam pokok serai belakang rumah pun kurus-kurus macam tidak cukup vitamin.-Siakapkeli.com.my
Artikel dipetik dari.
http://www.siakapkeli.com.my/2014/11/kerana-berbakti-kepada-tanah-lelaki-ini.html
0 Komentar untuk "Kerana Berbakti Kepada Tanah Lelaki Ini Pegang 4 Rekod Dunia"

 
Copyright © 2014 Isu 1Malaysia - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info