Isteri Eizlan Yusof fail pengesahan lafaz cerai

KUALA LUMPUR - Isteri kepada pelakon kacak, Datuk Eizlan Yusof, Datin Vie Santie Harun memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, hari ini.

Vie Santie, 28, selaku plaintif memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Semasa sebutan kes itu dihadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin, Peguam Syarie Syamimi Ab Rahman yang mewakili plaintif memaklumkan bahawa pihaknya telah memfailkan tiga keterangan saksi plaintif.

"Terdapat juga beberapa permohonan lain yang berkaitan dengan perkahwinan ini sedang dibincangkan dengan defendan untuk diselesaikan," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/hiburan/isteri-eizlan-yusof-fail-pengesahan-lafaz-cerai-1.334484
0 Komentar untuk "Isteri Eizlan Yusof fail pengesahan lafaz cerai"

 
Copyright © 2014 Isu 1Malaysia - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info