Hujan melepasi paras waspada

KUANTAN - Hujan sederhana lebat yang turun sekitar daerah Kuantan menyebabkan beberapa kawasan mencatatkan taburan hujan melepasi tahap waspada bagaimanapun keadaan paras air sungai-sungai utama masih normal.

Jabatan Perparitan dan Saliran Kuantan melalui laman facebooknya menyebut, antara kawasan yang mengalami taburan hujan melepasi paras waspada termasuk Bukit Sagu dengan bacaan 33 milimeter (mm) dan bandar Kuantan, 36mm.

Manakala bagi kawasan Cerating taburan hujan melepasi paras amaran iaitu 70mm yang boleh menyebabkan kawasan rendah dinaiki air.


http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/hujan-melepasi-paras-waspada-1.334296
0 Komentar untuk "Hujan melepasi paras waspada"

 
Copyright © 2014 Isu 1Malaysia - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info