HOME · TEKNOLOGI · UTAMA "Facebook at Work" - Facebook Khusus Untuk Pekerja




Facebook kini dalam proses membuat satu lagi platform laman sosial tetapi khusus untuk kegunaan pejabat sahaja. Servis yang dinamakan sebagai "Facebook at Work" itu dicipta untuk menyaingi servis lain seperti LinkedIn dan Google.

Menurut laporan dari Financial Times, servis itu mempunyai antara muka yang sama seperti Facebook, berserta dengan newsfeed dan juga chat tetapi pengguna boleh memastikan profilnya rahsia dan lebih selamat.

"Kami ingin menjadikan waktu pekerjaan lebih seronok dan efisyen dengan membina laman Facebook khas untuk pekerja", kata sumber.

Setakat ini tiada pemberitahuan tentang bila servis ini akan dilancarkan, tetapi apa yang diketahui setakat ini, servis ini adalah percuma, sekurang-kurang pada permulaan ia dilancarkan. -Siakapkeli.com
Berita penuh dari
http://www.siakapkeli.com.my/2014/11/facebook-at-work-facebook-khusus-untuk.html
0 Komentar untuk "HOME · TEKNOLOGI · UTAMA "Facebook at Work" - Facebook Khusus Untuk Pekerja"

 
Copyright © 2014 Isu 1Malaysia - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info