Foto Pembunuhan KHAIRUL

“Kami dikepung sebelum dibelasah beramai-ramai 20 mat rempit kerana tidak mahu menyerahkan telefon bimbit. Malah, rakan saya ditikam mati sebelum ditolak ke dalam lombong,” kata Abu, 20-an, yang turut menjadi mangsa rompakan sekumpulan lelaki di Taman Tasik Setapak, di sini.

Dalam kejadian jam 11.30 malam kelmarin, mangsa, Khairul Fadzmi Shahrulnizam,19, maut apabila dibelasah sebelum dirodok dengan pisau oleh salah seorang suspek.

Mangsa kemudian ditolak penjenayah ke dalam lombong sebelum mereka melarikan diri.
Abu berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama lima rakan lain berbual kosong di kawasan taman itu sebelum didatangi sekumpulan lelaki bermotosikal.

“Kumpulan lelaki terbabit dilihat cuba menyamun dua lelaki warga Afrika di kawasan berhampiran, tetapi gagal. Susulan itu mereka beralih kepada kami.

“Kumpulan lelaki terbabit yang bersenjatakan kayu, rantai besi, batang besi, pisau dan besi pengunci motor mengarahkan kami menyerahkan telefon bimbit,” katanya.

Bagaimanapun, Khairul dikatakan enggan menyerahkan telefon bimbitnya menyebabkan mereka diserang dan dipukul.


0 Komentar untuk "Foto Pembunuhan KHAIRUL"

 
Copyright © 2014 Isu 1Malaysia - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info