Anak didakwa hilang sebenarnya didera

KUALA LUMPUR - Perbuatan terkutuk seorang bapa mendera anaknya berusia lingkungan 10 tahun terbongkar selepas laporan perubatan diterima polis kira-kira jam 4 petang, Khamis lalu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, pemeriksaan mendapati terdapat kesan calar di tangan kanan mangsa dan beberapa kesan lebam di paha kiri.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut juga mendapati terdapat tanda-tanda bahawa mangsa dicabul.

“Bagaimanapun, pada Ahad lalu, bapa mangsa,  seorang penganggur berusia 41 tahun membuat laporan polis mendakwa anaknya telah hilang sejak dua hari lalu.

“Semasa membuat laporan kehilangan tersebut, bapa kanak-kanak ini tidak menyedari anaknya telah menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya kemudian menahan bapa kanak-kanak tersebut sebaik laporan berkenaan dibuat.

Katanya, bapa mangsa kini direman lima hari.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Gambar Hiasan


http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/anak-didakwa-hilang-sebenarnya-didera-1.335067
0 Komentar untuk "Anak didakwa hilang sebenarnya didera"

 
Copyright © 2014 Isu 1Malaysia - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info